KEINDAHAN ISLAM

http://matcuoi.com

Monday, December 26, 2011

Mutiara kata buat sahabat









Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Sunday, December 25, 2011

cinta,,,



Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku,
Maka,
Campaklah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah keranaMu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
Andai dia bukanlah jodoh yang
Ditetap olehMu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku..

Friday, December 23, 2011

dugaan dari ALLAH aku terima degan hati yang tenang

setiap apa yang ALLAH berikan kepada kita pasti ada hikmah nya... contohnya apa yang aku perolehi  dalam sem lepas,,,result sem 4 ok manekale sem 5 punye down..tapi aku tetap bersukur kerana aku tak la jatuh mendadak sampai ke 3 ke bawah...,,,cume yang aku pohon sekarang ,,,aku nak amek peperiksaan lembaga jururawat malaysia (LJM) pada bulan 6...nak tahu nape sbb aku x nak susahkan mak degan abah,,,sebb semagkin lame aku dekat sini semangkin banyak la duit mak degan abah aku akan abis disebab perbelanjaan aku yang banyak ni... walaupon hidup di BANDAR PENAWAR tp duit pon dah macam ombak DESARU derasnye,,,,

Wednesday, December 21, 2011

MENANGISLAH WAHAI DIR!!

MENANGISLAH WAHAI DIR!!

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu di akhirat nanti. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah s.a.w yang dikasihi Allah s.w.t. Ingatlah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam a.s yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar r.a yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
Jawabnya: "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyalah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janji kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!............

Thursday, December 1, 2011

persiapan HARI BERSAMA WARGA HOSPITALPERMAI..



                                      prbncagn yg dimulakan....semua muke cam nk mitak penampo je,,,()
                                         







                                        lakaran utk pesakit mewarna esok...






                                     
             latihan memanceng ikan,,,,,

                                         pasang2 jgan x pasang,,,,


                             hasil yg boleh d katekan ok la dri x de hehehe...