Seindah namanya, Hospital Permai Johor Bahru merupakan salah
satu institusi Mental di Malaysia selain Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak,
Hospital Sentosa, Sarawak dan Hospital Bukit Padang, Sabah. Kawasannya
yang permai dihiasi dengan lanskap hasil usahasama anggota dan pesakit.
Hospital ini dilengkapi dengan lebih kurang 1,500 katil yang disediakan untuk
pesakit-pesakit jiwa dari negeri Kelantan, Terengganu, Timur Pahang, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor.
Sesuai dengan aspirasi kewujudannya sebagai sebuah institusi
rawatan dan pemulihan sakit jiwa, ia telah membina asas yang kukuh dalam
melaksanakan fungsi-fungsi rawatan dan pemulihan psikiatri. Perubahan dan
perkembangan dari masa kesemasa dalam dunia psikiatri, menjadikan Hospital
Permai mengambil inisiatif, keterlibatan dan bertindak selaras dengan dasar
negara. Perkhidmatan Hospital Permai bukan sahaja meletakkan aspirasi tersebut
dalam rangka pemikiran semata-mata, malah berusaha bersama-sama keseluruhan
anggotanya, menterjemah kerangka pemikiran itu dalam bentuk pelaksanaan.
No comments:
Post a Comment